Diriwayatkan dari Sa'id al - Maqbari, dia berkata: Aku melihat Muawiyah Bin Abu Sufyan di atas mimbar. Di tangannya ada segulung rambut dari gulungan rambut wanita. Lalu dia berkata," Tidak baik para wanita muslimah mengenakan seperti ini. Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :
" Siapa pun seorang wanita menambahkan di kepalanya rambut yang bukan rambutnya.
Sesungguhnya dalam rambut yang ditambah itu terdapat penipuan."
Saudaraku wanita muslimah !!
Ini adalah wasiat Rasulullah SAW yang sering dilalaikan oleh kebanyakan kaum wanita dewasa ini.
" Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintahNya takut akan ditimpa cubaan atau
ditimpa azab."
(an-Nur:63)
Saudaraku wanita muslimah !!
Tidakkah kamu takut akan azab Allah SWT? Kalau takut, dengarlah wasiat Rasulullah SAW. Kembalilah taat kepada Allah dan RasulNya. Ambillah nasihat-nasihatnya sehingga kamu memperolehi keuntungan berupa
syurga Allah SWT. Renungkanlah baik-baik wasiat Nabi SAW dan jadikanlah ia sebagai nasihat .
Kata al- Maqbari: " WA MA'AHU FI YADIHI KUBBATUN MIN KUBABI AN NISA'I MIN SYA'RIN,"yang dimaksudkan adlah rambut yang tergulung.
Adapun sabda Nabi SAW : "ZAADAT FI KA'SIHA SYA'RIAN LAISA MINSU ," ini merupakan penjelasan bagi kita tentang hukum pemasangan rambut palsu, yang istilah sekarang kita kenal dengan wig. Rasulullah SAW mendakwa bahawa perbuatan itu sebagai "az-zur "penipuan". Dan Rasulullah SAW mengutuk pembuat dan pemakainya.
Diriwayatkan dari Aisyah r.a , bahawa ada seorang gadis kecil dari kaum ansar yang telah berkahwin. Ketika itu, dia menderita sakit hingga menjadikan rambutnya gugur. Lalu dia ingin menyambungnya.Lantas hal itu ditanyakannya kepada Rasulullah SAW. Jawab beliau :
"Allah mengutuk orang yang menyambung mahupun yang menginginkan di sambung rambutnya."
"Al- Wasilah", iaitu seorang wanita yang menyambung rambutnya,sama ada dengan rambutnya sendiri mahupun rambut orang lain.Sedangkan "al- Mustaushilah", iaitu seorang wanita yang meminta orang lain untuk melakukan penyambungan.
Imam an- Nawawi rahimahullah berkata: "Hadith tersebut menunjukkan bahawa penyambungan rambut adalah dosa besar, sehingga pelakunya dikutuk. Temasuk di antara mereka yang dikutuk adlah pembuatnya kerana telah membantu orang yang berbuat dosa. Sebagaimana orang yang membantu orang yang melakukan ketaatan, maka dia akan turut serta mendapatkan pahalanya.
Masalah ini semakin jelas setelah didukung pula oleh riwayat Jabir r.a :
"Nabi SAW melarang wanita menyambungkan sehelai rambut pun di kepalanya."
Saudaraku wanita muslimah
Ketahuilah jika menambahkan rambut itu dilarang, maka demikian juga mencukurnya. Kecuali memang ada darurat kerana sakit atau yang lainnya.
0 Hot Gossip:
Post a Comment