BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Menghisap Rokok

Bahaya Rokok 


Umumnya ramai di kalangan manusia termasuk orang Islam tidak menghiraukan tentang bahaya merokok pada diri sendiri dan pada diri orang lain. Sedangkan mengikut kajian,kebanyakan para perokok tahu bahaya merokok. Tidak kurang juga yang cuba untuk berhenti,namun agak ramai yang gagal. 


Mengikut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia jumlah kematian akibat rokok lebih tinggi daripada akibat AIDS,batuk kering,bersalin, kemalangan jalanraya dan pembunuhan. 


Lebih 90 peratus daripada kes kanser paru-paru adalah akibat merokok. Asap rokok mengandungi pelbagai bahan kimia dan sebahagian besar daripadanya penyebab barah paru-paru,yang bukan sahaja menyerang pengisap malah termasuk juga orang lain yang berada di sekitarnya. 


Selain daripada barah paru-paru kesan daripada asap roko yang telah dikenalpasti oleh Kementerian Kesihatan boleh mengakibatkan pelbagai penyakit, antara lain, angin ahmar,barah mulut, bronkitis,sakit jantung, tekanan darah tinggi, ulser peptik,barah rahim,barah buah pinggang dan pankreas,kerosakan gigi dan gusi dan kesuburan menurun kerana kurang penghasilan sperma. 





Fatwa Ulamak Mengharamkan Rokok 
Memandangkan bahaya merokok yang begitu besar,maka majoriti para ulama Islam telah memutuskan fatwa bahawa "Hukum merokok adalah haram". 

Kerajaan Arab Saudi telah lama mengeluarkan fatwa mengharamkan rokok. Selain itu,para ulama juga menghukum haram terhadap perbuatan merokok,mengedar dan menanam tembakau bagi menghasilkan rokok.Hasil daripada jual-beli daun tembakau adalah dianggap tidak di segi syarak. 

Semua pihak bersepakat bahawa asap rokok yang masuk ke dalam tubuh badan perokok dan yang berterbangan di udara lalu dihidu oleh orang lain adlah amat berbahaya kepada kesihatan dan direkodkan sebagai sumber banyak kes kematian. 

Para ulama yang mengeluarkan fatwa tersebut semuanya berlandaskan kepada al-Quran dan Hadis. Keputusan kajian dan penyelidik para doktor yang membuat rumusan bahawa tembakau dan rokok telah dibuktikan berbahaya kepada kesihata perokok dan orang -orang yang berada di sekitarnya. 

Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia dalam 'muzakarah' kali ke -37 pada 23 Mac 1995 juga memutuskan bahawa merokok itu haram. Ekoran daripada fatwa itu, Persatuan Perubatan Malaysia telah menggesa majlis fatwa negeri-negeri agar menguatkuasakan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan itu. 

Namun setakat ini hanya Kedah dan Selangor sahaja yang menguatkuasakan fatwa tersebut di negeri masing-masing. Itupun dalam perlaksanaan yang sangat terhad. 

Jadi, berdasarkan fatwa dan kenyataan di atas,jelaslah bahawa kesan sampingan daripada merokok amat merbahaya kepada kesihatan.