BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Menghisap Rokok

Bahaya Rokok 


Umumnya ramai di kalangan manusia termasuk orang Islam tidak menghiraukan tentang bahaya merokok pada diri sendiri dan pada diri orang lain. Sedangkan mengikut kajian,kebanyakan para perokok tahu bahaya merokok. Tidak kurang juga yang cuba untuk berhenti,namun agak ramai yang gagal. 


Mengikut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia jumlah kematian akibat rokok lebih tinggi daripada akibat AIDS,batuk kering,bersalin, kemalangan jalanraya dan pembunuhan. 


Lebih 90 peratus daripada kes kanser paru-paru adalah akibat merokok. Asap rokok mengandungi pelbagai bahan kimia dan sebahagian besar daripadanya penyebab barah paru-paru,yang bukan sahaja menyerang pengisap malah termasuk juga orang lain yang berada di sekitarnya. 


Selain daripada barah paru-paru kesan daripada asap roko yang telah dikenalpasti oleh Kementerian Kesihatan boleh mengakibatkan pelbagai penyakit, antara lain, angin ahmar,barah mulut, bronkitis,sakit jantung, tekanan darah tinggi, ulser peptik,barah rahim,barah buah pinggang dan pankreas,kerosakan gigi dan gusi dan kesuburan menurun kerana kurang penghasilan sperma. 





Fatwa Ulamak Mengharamkan Rokok 
Memandangkan bahaya merokok yang begitu besar,maka majoriti para ulama Islam telah memutuskan fatwa bahawa "Hukum merokok adalah haram". 

Kerajaan Arab Saudi telah lama mengeluarkan fatwa mengharamkan rokok. Selain itu,para ulama juga menghukum haram terhadap perbuatan merokok,mengedar dan menanam tembakau bagi menghasilkan rokok.Hasil daripada jual-beli daun tembakau adalah dianggap tidak di segi syarak. 

Semua pihak bersepakat bahawa asap rokok yang masuk ke dalam tubuh badan perokok dan yang berterbangan di udara lalu dihidu oleh orang lain adlah amat berbahaya kepada kesihatan dan direkodkan sebagai sumber banyak kes kematian. 

Para ulama yang mengeluarkan fatwa tersebut semuanya berlandaskan kepada al-Quran dan Hadis. Keputusan kajian dan penyelidik para doktor yang membuat rumusan bahawa tembakau dan rokok telah dibuktikan berbahaya kepada kesihata perokok dan orang -orang yang berada di sekitarnya. 

Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia dalam 'muzakarah' kali ke -37 pada 23 Mac 1995 juga memutuskan bahawa merokok itu haram. Ekoran daripada fatwa itu, Persatuan Perubatan Malaysia telah menggesa majlis fatwa negeri-negeri agar menguatkuasakan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan itu. 

Namun setakat ini hanya Kedah dan Selangor sahaja yang menguatkuasakan fatwa tersebut di negeri masing-masing. Itupun dalam perlaksanaan yang sangat terhad. 

Jadi, berdasarkan fatwa dan kenyataan di atas,jelaslah bahawa kesan sampingan daripada merokok amat merbahaya kepada kesihatan. 

That Gurl


Berkenalan dengan dia tidak sekali diduga olehku.Ibarat kata jauh panggang dari api. Pertama kali ternampak dia, terdetik dalam hati sombongnya dia sebab cara dia tengok orang macam tak puas hati je dan muka tak pernah senyum. Tapi bukan nie yang saia nak cerita tapi cuma nak ucapkan terima kasih di atas kesudian dia untuk jadi kawan saia. Kerana dialah orang yang berjaya membuatkan saia sedar untuk menghargai orang gyang kita sayang sebelum terlambat. 


Terima Kasih 

- Sebab tak pernah tolak semua pemberian orang walaupun menimbulkan rasa cemburu di 
   kalangan ahli dorm kamu
- Sebab pernah tolong angkat dan lipat pakaian orang 
-Sebab faham dengan situasi orang sebelum nie. 


Maaf 
- Halalkan apa yang da orang amik dari kamu
- Kalau orang pernah terkasar bahasa, melukakan hati dan tidak tepati janji
-Maafkan semua kesalahan orang dengan kamu 


Terima Kasih Sekali Lagi 
- Sebab benarkan orang sambut hari lahir kamu bersama-sama 
- Sebab bagi pinjam laptop 
-Sebab pernah ikut orang balik rumah 

Akhir sekali, selamat maju jaya dalam apa jua yang kamu buat, orang selalu doakan kejayaan kamu. 


Tk sangka, dlam diam-diam kami meminati lagu yang sama iaitu : 

Kau Segalanya Nyanyian Ruth Sahanaya 

Mungkin hanya Tuhan
Yang tahu segalanya
Apa yang kuinginkan
Di saat-saat ini
Kau takkan percaya
Kau selalu di hati
Haruska ku menangis
Tuk mengatakan yang sesungguhnya

Kaulah segalanya untukku
Kaulah curahan hati ini
Tak mungkin ku melupakanmu
Tiada lagi yang kuharap
Hanya kau seorang

My Lovely Cousin

Hai Semua.. Da lama tak update blog.. Sibuk skit sekarang nie.. So kali nie citer psal orang b'jaya mengubat luka di hati. 

Orang tue ialah... : 

Sepupu SAya 

Msti korang t'tanya kan knapa msti sepupu.. Keluarga adlah sgala-galanya bgi sya. 
Tnpa keluarga,sape lah kta skrang nie kan?? 


Yang tengah tidur nie nama amir.. Umur bru 2thun tpi tinggi dan agak b'isi..
Geram ngan pipi die tiap kali die balik kg.. 
Yang bestnya psal amir nie, kecik-kecik da pndai speaking bhasa inggeris..
Tak la sume tpi slalu die sbut "hot","cat", "car" dan "fan".
Dalam suke-suke pown tpi penat melayan si amir nie..
Die nie suke kluar umah tak kira la pgi ke,ptang ke. Pntang nmpak org lain kat luar. 


Yang nie nama muhammad iman mustakim. Die nie cepat t'kejut kalau orang tinggi suara ngan die.
Tabiat yang die suke buat main bucu kain sebelum tidow n air milo sbotol. 
Kalau pergi mana-mana ngan die, msti die ingat dkat abang die. 


Jangan Sambung Rambutmu Dengan Rambut Orang Lain

Diriwayatkan dari Sa'id al - Maqbari, dia berkata: Aku melihat Muawiyah Bin Abu Sufyan di atas mimbar. Di tangannya ada segulung rambut dari gulungan rambut wanita. Lalu dia berkata," Tidak baik para wanita muslimah mengenakan seperti ini. Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : 


            " Siapa pun seorang wanita menambahkan di kepalanya rambut yang bukan rambutnya.  
              Sesungguhnya dalam rambut yang ditambah itu terdapat penipuan." 


Saudaraku wanita muslimah  !!


Ini adalah wasiat Rasulullah SAW yang sering dilalaikan oleh kebanyakan kaum wanita dewasa ini. 

Betapa ramai wanita yang memasang rambut palsu di kepalanya? Mereka tidak sedar bahawa apa yang dilakukannya itu telah menyimpang dari perintah Rasulullah SAW. Padahal Allah SWT telah melarang agar tidak menyimpang dari ajran Rasulullah SAW melalui firmanNya : 


            " Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintahNya takut akan ditimpa cubaan atau  
              ditimpa azab." 
                                                                                                                                   (an-Nur:63)  


Saudaraku wanita muslimah !!


Tidakkah kamu takut akan azab Allah SWT? Kalau takut, dengarlah wasiat Rasulullah SAW. Kembalilah taat kepada Allah dan RasulNya. Ambillah nasihat-nasihatnya sehingga kamu memperolehi keuntungan berupa 
syurga Allah SWT. Renungkanlah baik-baik wasiat Nabi SAW dan jadikanlah ia sebagai nasihat .
Kata al- Maqbari: " WA MA'AHU FI YADIHI KUBBATUN MIN KUBABI AN NISA'I MIN SYA'RIN,"yang dimaksudkan adlah rambut yang tergulung. 


Adapun sabda Nabi SAW : "ZAADAT FI KA'SIHA SYA'RIAN LAISA MINSU ," ini merupakan penjelasan bagi kita tentang hukum pemasangan rambut palsu, yang istilah sekarang kita kenal dengan wig. Rasulullah SAW mendakwa bahawa perbuatan itu sebagai "az-zur  "penipuan". Dan Rasulullah SAW mengutuk pembuat dan pemakainya.


Diriwayatkan dari Aisyah r.a , bahawa ada seorang gadis kecil dari kaum ansar yang telah berkahwin. Ketika itu, dia menderita sakit hingga menjadikan rambutnya gugur. Lalu dia ingin menyambungnya.Lantas hal itu ditanyakannya kepada Rasulullah SAW. Jawab beliau : 


"Allah mengutuk orang yang menyambung mahupun yang menginginkan di sambung rambutnya."


"Al- Wasilah", iaitu seorang wanita yang menyambung rambutnya,sama ada dengan rambutnya sendiri mahupun rambut orang lain.Sedangkan "al- Mustaushilah", iaitu seorang wanita yang meminta orang lain untuk melakukan penyambungan. 


Imam an- Nawawi rahimahullah berkata: "Hadith tersebut menunjukkan bahawa penyambungan rambut adalah dosa besar, sehingga pelakunya dikutuk. Temasuk di antara mereka yang dikutuk adlah pembuatnya kerana telah membantu orang yang berbuat dosa. Sebagaimana orang yang membantu orang yang melakukan ketaatan, maka dia akan turut serta mendapatkan pahalanya. 


Masalah ini semakin jelas setelah didukung pula oleh riwayat Jabir r.a : 


"Nabi SAW melarang wanita menyambungkan sehelai rambut pun di kepalanya." 


Saudaraku wanita muslimah 


Ketahuilah jika menambahkan rambut itu dilarang, maka demikian juga mencukurnya. Kecuali memang ada darurat kerana sakit atau yang lainnya. 


A Horse Ride On My Birthday

Gambar nie masa sambut hari lahir yang ke 23.
Tak dapat pape hadiah tpi rsa happy sangat hari tue sbab dapat naik kuda..
First time nak try naik kuda nie.




Yang nie masa sebelum naik kuda, nak bagi hilang rasa gemuruh la katakan..
Amik mood dulu dengan kuda-kuda kat sini.